Thursday, March 21, 2013

Saya Bakal Ada Farmasi Sendiri

Korang pernah dengar pasal Cosway?  Pernah beli barang-barang di kedai Cosway?  Mesti ada yang pernah beli, dan saya yakin ada juga yang tak pernah, dan mungkin tak suka pun kan. :)

Saya pernah bercita-cita ingin memiliki kedai Cosway.  Itu cerita 2 tahun lepas lah selepas saya ambil VSS dari syarikat lama saya bekerja.  Gedebuk gedebak saya tak jadi buka.  Padahal modal masa tu semua dah ready.  Sebabnya, tak sampai 3 minggu saya jadi penganggur (lepas ambil VSS tu la), saya dapat tawaran kerja di sebuah syarikat pengangkutan awam terkemuka di Malaysia.  Tak perlulah saya nyatakan di sini syarikat apa.  Lagipun masa tu keyakinan belum berapa kuat.  Bagi saya kerja makan gaji lebih menjamin masa depan.

Tapi kini selepas 2 tahun, perasaan ingin memiliki kedai sendiri tu datang balik. Dan macam tau-tau je kan Cosway ni, sekarang Cosway sedang menawarkan kepada individu yang berminat untuk membuka FARMASI COSWAY, dengan modal serendah RM5,100 sahaja.  Diulangi.  RM5,100 sahaja. Haaa.. Terkejut tak? Sila terkejut ok.

Yaaa.. memang betul.  Siapa nak bagi kita buka Farmasi, yang sama macam Guardian, Watson, VitaCare, just name it, dengan modal serendah tu? Cuba you all gi buka sendiri.  Modal minima pun dah mencecah jutaan ringgit.  Dengan nak renovate kedai, stock dalam kedai, bil api air telefon internet, sewa kedai.  Bila agaknya nak pulang modal kan kalau buka sendiri?  Makan tahun juga tu.  

Tapi dengan Cosway, kita tak perlu fikir semua tu.  Cosway menyediakan dana terutama untuk Bumiputera untuk memiliki Farmasi ini. Kos untuk buka farmasi, stock, bil utilities semua tu akan ditanggung oleh Cosway.  YAAAA. Betul. Dan kedai anda tu akan dibuka di lokasi yang anda sendiri pilih.  

Nak tau caranya? Jom jumpa saya.  Saya boleh terangkan dan bawa ke farmasi Cosway sedia ada.  Kalau cakap panjang-panjang kat sini pun orang susah nak percayakan.  Kita pergi tengok sendiri lagi senang sebab "seeing is believing" kan. Ini bukan skim cepat kaya, bukan MLM, bukan tipu.  Kalau cakap pasal MLM ni saya memang tak percaya langsung dengan MLM.  But this is not.

Sila hubungi nombor-nombor berikut sekiranya anda berminat. Kami akan terangkan kepada anda.  Anda tanya lah apa sahaja yang anda mahu.  Kami sedia untuk menjawab.

June 012-9791484
Kiki Zack 019-6002057

Gambar-gambar di bawah adalah di antara Farmasi Cosway yang telah dibuka.  Jika mereka boleh, anda pun boleh kan.


Outlet U5, Shah Alam

Outlet Berjaya Times Square

Serina (anak Chef Wan) in the house.  Serina pun bakal memiliki Farmasi Cosway beliau sendiri.  Farmasi beliau dalam proses renovation.



Tuesday, March 19, 2013

Day Trip to Kelong Bagan Lalang

"Jom gi carik lauk"
"Kat mana?"
"Jom mancing nak?"
"Nak. Mana? Jom try Kelong Nazri kat Bagan Lalang."
"Ok set. Awak pergi masak nasi, goreng ikan & sambal sotong, kita makan kat sana"
"Aik??? Pulakkkkk"

Aku & husband decided untuk pergi day-trip fishing di Kelong Nazri terletak di Bagan Lalang. Actually aku malas nak keluar rumah hari ni sebab semalam dah seharian kat padang futsal. Tapi kesian pulak kat kids. Sure mereka bosan duduk di rumah seharian.

Lepas masak ala kadar menu seperti yang dicadangkan oleh en. suami, dalam pukul 9.45 am kami pun start enjin kereta dan bergerak menuju ke Bagan Lalang.  Jika kami dari Ampang, kami melalui MRR2 dan masuk dari Tol Sungai Besi.  Kami sampai di Bagan Lalang around 11.15 am macam tu.  Lama gile weh.  Sebab a few times berhenti.

First thing first, aku terus call En. Nazri (owner Kelong Nazri) untuk confirm ada tak bot ke kelong.  Sebab menurut penulisan dari beberapa blogs yang aku baca, air surut dalam pukul 12.00 pm.  Kalau nak ke sana kena tunggu air pasang dalam pukul 3.00 pm macam tu.  Lambat la pulak kan. Pukul berapa nak balik. 

Ding dong ding dong dengan En. Nazri, ok, boleh gerak sebab air belum surut lagi.




First time kot ni aku & kids nak gi kelong.  Husband dah pernah pergi Kelong Acheh.  So kami agak excited la kan.

Owh, ok.  Sebelum terlupa.  Kos untuk memancing di Kelong Nazri ni, kalau day trip per head is RM40 (adult) and RM20 (kid). Tempoh diberi selama 12 jam.  Total kos kami berjumlah RM160 (inclusive return boat transfer from/to Jeti, tapau nasi putih 3 bungkus sebab nasi bekal kami dah habis tapi lauk ada lagi, apollo, batu joran yang guna untuk mancing tu, aku tak tau nama.  Kena beli lain sebab batu2 yang husband aku bawa habis kena bawak lari dek ikan dan umpan udang hidup). 

Ok la kot ek.  Tapi aku tak de ambil gambar atas kelong tu sebab keadaan kelong agak tak berjaga.  Walaubagaimana pun di atas kelong ini ada disediakan tandas, dapur lengkap untuk memasak, ada 4 buah bilik dan air mentah juga disediakan untuk memasak atau menggunakan tandas atau mengambil wuduk.  Tapi kalau u all nak minum, better bawak bekalan air mineral banyak2 ye sebab bila dah kat tengah laut tu cuaca panas walaupun berangin so senang dehydrated. Pesanan aku, jika anda seorang yang terlalu pembersih dan memilih tempat, aku tak suggest la korang pergi ke kelong ni. Serious say ni.


Perjalanan ke Kelong Nazri dari jeti di Bagan Lalang mengambil masa 10 minit macam tu.  Dalam perjalanan tu u all boleh lah enjoy pemandangan yang cantik.  Boleh tengok resort de palma tu dari jauh.




Hasil tangkapan tidak berapa memberansangkan.  Kami banyak dapat ikan Tamban. Dua ekor ikanTalang. Beberapa ekor ikan Biji Nangka. Korang pernah dengan nama ikan Biji Nangka ni?   Aku first time tau kewujudan ikan ni.  
 


 

Ada satu couple lagi sekali dengan kami di atas kelong tu, pancing dorang mengena ikan Todak.  Tapi kalau husband aku dapat ikan Todak tu aku bagi orang je kot. Tak tau nak masak apa dan memang tak pernah makan ikan Todak (macam Todak melanggar Singapura la pulak kan).

 



Trip kami berakhir pada pukul 8.00 pm camtu lah (sebab waktu tu baru bot sampai untuk menjemput kami pulang ke jeti). Dari segi rating, aku bagi 5/10 la untuk Kelong Nazri Bagan Lalang ni.