Wednesday, November 14, 2012

Sehari di Uluhati

Uluhati terletak di Batu 18, Hulu Langat.  Ianya merupakan sebuah kawasan persendirian milik pasangan En. Shaipudin dan Pn. Riznida Eliza.  Uluhati sebelum ini merupakan sebuah dusun dan kemudiannya dimajukan oleh pasangan ini menjadi kawasan riadah.  

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekiranya anda berkunjung ke Uluhati, antaranya menunggang kuda (di sini terdapat kelas menunggang kuda tau.  Dengan kadar yang berpatutan iaitu RM70 per lesson - 1 jam per lesson dan 8 jam bagi full  lesson).

Selain itu anda juga boleh melakukan aktiviti river rafting, jungle trekking, jungle camping, night safari and fishing.  Bagi yang ingin bermalam, juga disediakan chalet berbentuk long house di sini.  Kadar semalam untuk setiap balik bagi 3-pax adalah RM150 (inclusive breakfast), amat berbaloi untuk merasai suasana sebegini.  Memang best!

Kepada yang berhasrat untuk buat family day/family gathering pun boleh juga buat disini.  Insya Allah En. Din & Pn. Eliza akan sediakan apa yang patut untuk anda.

For more details u all boleh visit sendiri blog Uluhati dan boleh dapatkan maklumat dari  blog tersebut.  Kalau nak bertanya lebih lanjut, boleh hubungi En. Din sendiri di nombor yang tertera di blog Uluhati.

Untuk makluman, saya tiada kepentingan di dalam Uluhati ya.  Saja nak share tempat yang best ni dengan anda diluar sana sebab tempat ni memang best.  Bakal menjadi tempat lepak kami sekeluarga di hujung minggu sambil menyertai horse riding lesson.  Jadi cowboy la kita :)

Sinar mentari menyinari pagi.  Segar & nyaman. 

Small swimming pool.  Anak2 boleh berendam di sini.  Air memang sejuk & segar sebab air fresh dari bukit.

The orchard & horse riding area

Anda bosan di waktu malam?  Boleh layan karaoke di sini.  Nyanyilah sampai lebam.  Tapi ada seperate charge dikenakan.  I'm not really sure pula berapa RM caj per night.  Sekali sekala buat bising kat sini sure best kan.

The Cafe.  Breakfast disediakan di sini ye tuan2 dan puan2

Bathroom area.  Bilik mandi dan toilet memang disediakan di luar dan diasingkan lelaki dan perempuan.  Tapi don't worry.  Toilet amat bersih!

The Chalet : Long house concept

Living area kat chalet

Model tak berbayar Uluhati (suka2 je lantik diri sendiri jadi model Uluhati kan? :P

Horse riding.  Please don't expect u all boleh ride horse ni macam kat Kelab Kuda Denai Alam or Bukit Kiara ke kan.  Kan sini is only basic and very private lesson.

Cowboy in the making :P