Sunday, January 29, 2012

Novel | Bilik 616


Tajuk Novel: Bilik 616
Penulis: Zaifuzaman Ahmad
Penerbit: Grup Buku Karangkraf
Tahun Penerbitan Pertama: 2011
Genre: Thriller
Sinopsis: Satu kejadian aneh berlaku di sebuat resort di Negeri Hang Tuah, Melaka.  Dengan tidak semena-mena, beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri.  Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar.  Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu.  Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu.  Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene.  Kejadian misteri itu berulang kali menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut.  Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan.  Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan cadangan Azhar untuk membongkar misteri itu.

"Kehilangan mereka terlalu misteri.  Tak ada siapa nampak dan tak ada siapa yang tahu macam mana mereka boleh hilang.  Peliknya, mereka ghaib macam tu aje." ~ Irene

"Mangsa-mangsa yang hilang kali ini tidak dikembalikan.  Kalau begitu ke mana mereka pergi?" ~ Roslan

"Apa yang Irene fikirkan sebenarnya ni? Papa tak faham.  Tiba-tiba papa rasa macam papa dah tak kenal anak papa sendiri." ~ Robert Tan

"Dari pemeriksaan pihak forensik memang terdapat rekahan pada tengkorak Carina Wong.  Perempuan itu diketuk dengan satu benda tumpul dengan ketukan yang cukup kuat." ~ Azhar

Komen Aku:

Ni buku pertama dari penulis Zaifuzaman Ahmad yang aku baca, gara2 mula "jatuh cinta" dengan buku2 Ramlee Awang Murshid (RAM).  In overall cerita ni OK.  Memang suspense tapi agak lambat la nak rasa suspense tu.  Rasanya aku dah baca lebih dari suku buku ni baru sampai bab suspense tu.  Awal2 cerita agak boring dan aku agak pening & confuse sikit especially nak fahamkan watak2 dalam cerita ni.  Banyak sangat watak which need me to flip2 balik ke belakang untuk cari balik watak2 tersebut.

Watak2 utama dalam novel ni:

Azhar ~ Wartawan yang menulis artikel cerita misteri untuk dimuatkan di dalam Majalah Ilusi.  Dia pernah menulis tentang 2 orang gadis yang hilang dari rumah sewa mereka secara misteri.

Irene ~  Pemilik Resort Seri Melayu, dan merupakan anak kepada pasangan Robert Tan & Jenny.  Dia seorang anak tunggal yang sentiasa patuh kepada setiap kata dan arahan daripada ayahnya, Robert Tan.  Dia juga telah dididik dari kecil supaya tidak mempercayai kewujudan hantu.

Roslan, Ringgo dan Fuad ~ Ahli kelab momok.com yang mempunyai minat mencari entiti.  

Hairi ~ Penulis skrip merupakan orang pertama hilang di Resort Seri Melayu.

Saodah ~ Wartawan dari Majalah Libur yang menginap di Resort Seri Melayu untuk menulis promosi berkenaan resort tersebut.  Tetapi malangnya, dia merupakan orang kedua yang hilang di resort itu secara misteri.

Umairah ~ Pekerja housekeeping di resort tersebut yang hampir2 dicekik hantu di bilik 616.  Terus demam selepas itu dan berhenti kerja sebab trauma.

Azlan ~ menginap di resort tersebut untuk berbulan madu dengan isterinya, Hafizah.  Tetapi malangnya, dia jugak turut hilang secara misteri di bilik 616, meninggalkan isterinya keseorangan.

Razali ~ datang untuk menghadiri kursus dengan syarikat MLM merupakan orang ke-4 yang hilang, juga secara misteri.

Ok, list watak2 di atas ni bagi memudahkan pemahaman untuk membaca novel ni.  Yang tersenarai hanyalah watak2 utama sahaja.  Ada lagi beberapa orang watak sampingan tapi tak larat la aku nak list down semuanya.  Baca lah sendiri kat dalam novel tu.

Aku tertarik dengan part team momok.com pergi mencari entiti kat sekolah lama, yang mana mereka berjaya merakamkan entiti lelaki melayu berpakaian baju melayu dan kain pelekat, tidak berkepala.  Paling suspense masa entiti tersebut datang dekat pada mereka sambil bercakap "nak... tolong cari kepala pakcik nak"... haaaa... masa ni memang meremang bulu tengkuk aku.  Dah lah entiti tu siap muncul kat depan van dorang, masa nak blah tu enjin van lak tak leh start.  Huhu... memang suspense.

Lagi satu part suspense bila orang2 yang hilang tu akan "tertonton" drama cina yang memaparkan seorang gadis cina dipukul dengan teruk oleh seorang lelaki cina pendek botak sehingga mati.  Lepas tu tetiba je gadis cina tu akan menjelma kat bilik 616 tu dengan muka berdarah2 sambil menangis mendayu2 dan nak mencekik orang yang menonton citer tu.  Fuhh!!! Ini pun suspense sangat.

Part yang lain2 tu aku agak boring sikit dan seperti boleh agak je sapa lelaki cina pendek botak dalam drama cina kat dalam tv tu.  Out of 5 stars, aku bagi 3 stars la untuk novel ni.  

Moral value dalam cerita ni: Bangkai gajah tak dapat disembunyikan.  Begitu juga dengan perbuatan jahat yang kita lakukan, lambat laun akan terbongkar juga.


Tuesday, January 24, 2012

TTC :: Offroading @ Kerling

Cuti sempena Chinese New Year ni aku ikut hubby offroad to Sg. Kerling, Kuala Kubu Baru.  That was 2-days event; from 22 Jan 2012 - 23 Jan 2012. Event ni organized by TTCM (Triton Tuners Club Malaysia). So yang join adalah ahli2 berdaftar TTCM.

Seawal pukul 7.45 pagi kami sekeluarga dah bergerak dari Ampang, sebab dalam schedule pukul 9.00 am dah kena berkumpul kat R&R Rawang dan akan bertolak dari sana pada pukul 9.15 am.  Kitorang sampai dalam 8.25 am (awal gila dowh :P).  Susah betul nak carik parking memandangkan time ni cuti panjang, so semua wargakota pakat ramai2 keluar dari KL; balik kampung ataupun gi holiday.  So kitorang terpaksa park kat jalan keluar dari R&R Rawang tu (near to Petronas).  Aku dah berangin satu badan ni sebab perut dah berbunyik2 lapo.

Puas mata usha keliling, sorang pun member TTCM tak nampak batang hidung.  Lagipun pagi ni hujan.  So maybe ada yang tak bangun lagi kot (aku agak je lah nak sejukkan hati ni).  So kitorang pun makan lah dulu sementara menunggu tu.  Penantian memang satu penyiksaan.  Dah pukul 9 lebih pun masih tak nampak sapa2.  Sib baik masa aku on the way nak g kat kereta, nampak lagi satu keta TTCM tengah park kat tepi2 jalan tu je.  Mat P (betul ke ni spelling?) datang jauh dari Terengganu.

Lepas tunggu sampai kul 10.00 am, 10 kereta yang menyertai konvoi to Sg. Kerling ni sampai dah semuanya.  7 dari TTCM, 1 dari Hilux Tuners Club, 1 Mitsubishi Pajero dan 1 Jeep.  Hilux & Pajero tu sebagai Marshall bagi ekspedisi ni sebab dorang dah biasa dah offroad.  Setakat Sg. Kerling ni sap sap soi je bagi dorang :)
 
Perjalanan bermula pada pukul 10.30 menuju ke Kuala Kubu Baru.  Kepada yang berminat nak ke sini, cari je Kg. Air Panas Sg. Kerling.  Dalam GPS pun ada marked tempat ni tapi sampai kolam air panas je lah. Kalau jumpa pintu gerbang ni, sure sampai punya.  Untuk aku & hubby yang memang first time sampai ni, landmark macam ni memang penting kalau ada hati nak datang sendiri lain kali :P

Perjalanan memang boleh dikatakan mencabar especially untuk amatur macam hubby aku.  Nak-nak pulak baru lepas hujan.  Dengan jalan licin, berbatu, berlopak.  Semua cukup la.  Kitorang sebenarnya tak sangka pulak kena offroad macam ni sekali.  Ingatkan jalan ala2 kebun ayah aku kat kampung tu.  Hehe... Rupanya medium gak la tahap kesusahan & kepayahannya tu.Sian ngan Triton hubby aku.  Baru 4 bulan pakai tu. Huk huk. Redha je lah.  Perjalanan mengambil masa dalam dalam 2 jam lebih jugak lah (untuk offroad tak masuk dari R&R Rawang).

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan

"Apa yang penting... Kerjasama..."

Ni still kat bawah lagi.  Laluan masih mudah
Hik hik.  Tak pasal2 ada butterfly kat belakang Jeep tu.  Sila abaikan.  Sekadar hiasan untuk tutup plat number
Cantikkan.  Bunga senduduk kot ni.  Tapi tak leh petik sebab kitorang dah dipesan supaya jangan petik bunga2 kat dalam hutan ni.  Ada tuannya






Co-Pilot (sila percaya :P)

The Tuners

Take turn hokey. Sorang tak lepas sume tak lepas nanti

@ 1st Campsite.  Kalau malas nak naik atas, sini pun boleh la.  Tapi boleh isi 4-5 khemah je la

Move on to the next campsite

Argh!!! Right sidestep sangkut

Meredah lecak (agak dalam jugak la)

Sungai terakhir sebelum sampai 4th Campsite
Finally we safely reached Campsite 4 dalam pukul 2 lebih gitu. Masa untuk unloaded apa yang patut dan pasang khemah (penting tu).

Our MONSTER (standard version aka virgin tapi lepas beb :P)

Masa untuk pasang khemah.  Agak2nya apa lah Pak Teh & Abang Asri tengah tengok tu ek?
 
Part yang paling best bila camping ni... pasang khemah (aku memang suka sangat, walaupun aku memang tak sumbangkan sebarang tenaga pun bab2 pasang khemah kat sini.  Serahkan pada kaum bapa je.  Sebab tu dulu masa sekolah rendah aku masuk Scout.  Sanggup tu merayu meroyan kat cikgu pengakap tu nak masuk jugak2 Scout.  Main masak-masak pun aku suka gak.  Paling suka kalau buat roti lilit & telur rebus dalam tanah.  Tapi kat sini tak de la menda alah tu.  Tu zaman scout dulu.  Diulangi.... zaman scout dulu :P

Ni la cook kitorang untuk ekspedisi ni :)
"Tukang masak kerjanya enteng... Bangun pagi masak nasik goreng"... Hihi... Kerja masak-memasak ni kitorang serahkan pada Abang Asri.  Memang terangkat!!! Macam makan kat rumah lak pulak. Ahaks :) Aku tolong basuh2 sayoq, potong bawang boleh la.  

Menu lunch 1st day: Nasi putih, sayur kobis goreng, telur dadar, sup tulang+daging, sambal kicap Adad (hikhik), air laici
Menu dinner cum supper 1st day: Roti telur, kacang panggang, daging burger, air teh

Menu breakfast 2nd day: Nasi goreng kampung, cekodok ikan bilis Remy Black, air teh Remy Black (hah!! full package dari Remy Black)

Menu lunch 2nd day: Nasi putih, ikan goreng (ikan fresh tau... sume pancing kat sini), ayam goreng, sambal sardin, sayur campur, air laici
 
Haaaaa... kan aku dah kata macam kat rumah kan? Tak main la maggi mee (tapi my kids still request maggi in cup jugak malam tu sebelum supper.  Memang tak leh pisah ngan maggi tau dorang ni.  Haih)
Aktiviti 1st day lepas kenyang sapdek lunch.... mandi sungaiii... yehaaaa... yang lelaki kaki pancing gi mancing (termasuklah hubby aku).  Aku just melepak depan sungai sambil baca buku cerita (bajet ayu la konon.. weeeekkkk).  Tapi kojap yo la sebab Kak Yati & Yana ajak join dorang mandi sungai.  Huhu... Aku memang tak suka air sejuk.  Kat rumah pun aku mandi air panas walaupun musim panas.  Tak tahan air sejuk ni.  Tapi tunjuk macho+ayu la redah gak masuk sungai.  Kalau tak, 2 hari pulak aku tak mandi nanti :P

Caption: (1) Ikan Keli Gunung hasil mancing (2) My kids dah jumpa air.. siap la lepas tu (3) My hubby dapat ikan Tengas (4) My son dari tengahari sampai malam, sambung pagi balik sampai petang... main air
Malam tu bajet dapat tido nyenyak la kan. dari pukul 7 lebih aku dah redah masuk khemah, nak baca buku citer sebenarnya.  Dah dalam hutan, apa lagi nak buat.  Dengan sunyi tu tapi tak sepi lah sebab ditemani bunyi-bunyiaan dari cengkerik.  Dalam kul 10 lebih agak2 dah tak larat nak mentelaah buku citer tu dalam gelap hanya ditemani headlight hubby aku (pinjam Yangggg :P) aku pun apa lagi. Tido la.  Tak kisah dah dorang kat luar tu yang melayan gitar.  Tengah2 syok tido, masa tu tak sure kul bape, tik tik tik... huwaaaa... hujan turun.  Bangunnnnn!!!!  Menggulupur aku kejut hubby soh alih khemah.  Mak tak sanggup nak tido dalam hujan noks.  Ahaks.Tapi lepas tu sampai ke pagi aku tak lelap nak tido.  Sebab (1) Port aku atas akar la pulak (2) Dah rasa sesak nafas sebab berkuap dalam khemah tu.  Ye lah... cuaca luar kan sejuk sebab hujan, dalam khemah pulak panas dengan suhu badan 4 orang manusia ni kan.  Last2 aku lari sambung tido dalam keta.  Waaaaa... lega.... baru lah boleh tido dengan aman sampai ke pagi.

Activiti 2nd day: Sama jugak macam semalam.  Lepas breakfast, yang lelaki gi mancing.  Ada gak yang setakat melepak2 kat khemah.  My kids dah start main air balik.  Tak sejuk hape korang ni tau.  Dari tengahari semalam sampai ke malam, sambung ke pagi, main air je. Aku? Lepak dalam keta sambung baca buku citer balik.  Ulat buku la konon :P

Lepas lunch, kitorang start pack balik barang2, bukak khemah.  Bersiap sedia untuk pulang ke sarang (rumah laaaaa).  Seperti biasa, aktiviti wajib: bergambar.  So layannnzzzz la gambar2 kat bawah ni.  Tak larat nak menaip panjang2 dah.

3 "dara pingitan".  Aku dapat kawan baru kat sini; Kak Yati (wife Abang Usop) & Yana (wife Remy Black)
Mr. hubby with the monsters
Abang Usop & Family

Going down.  Masa ni tunggu Elyas pam tayar triton dia.  Kita lepak dulu. Hehe...
Kitorang bergerak meninggalkan Campsite 4 dalam pukul 5pm cam tu and safely reached Kolam Air Panas Kerling dalam pukul 7.30 pm.  Rasanya perjalanan turun lagi mencabar dari naik.  Always put on 4W-L mode sebab banyak turun bukit yang agak tinggi jugak lah.  

Selepas berehat sebentar kat kolam air panas, kami meneruskan perjalanan ke Rawang untuk dinner di Bangi Kopitiam, Rawang (ownernya member TTCM jugak).  Lepas "refuel" perut masing-masing, kami membawa diri pulang ke rumah.  Alhamdulillah aku & family selamat sampai rumah dalam pukul 1++ am jugak lah.  Walaupun agak meletihkan tapi amat menyeronokkan ekspedisi ni, especially untuk first timer macam aku & hubby.  Hopefully mr. Hubby sanggup korbankan Monster dia tu, kalau ada lagi event macam ni :)

Sunday, January 15, 2012

Mitsubishi 4X4 Driving Spirit | 14 - 15 January 2012 @ Sepang International Circuit

On 14 January 2012, I was following my hubby (ngekor je keje ko eh June :P) to join this event - Mitsubishi 4X4 Driving Spirit at Sepang International Circuit.  That event was fully sponsored by Mitsubishi Malaysia.  And again, TTCM members were invited.  Hubby memang excited la nak join kan sebab this time around they will drive new Mitsubishi Pajero Sport VGT (huk huk huk... mak pun nak jugak test drive tapi tak merasa sampai sekarang. Huwaaaa)

First of all, meh kita baca pasal Mitsubishi Pajero Sport VGT ni dulu ek.  Aku kopipes je dari wesbite ni so korang boleh baca dengan lebih lanjut dari sini ek.  Ni aku quote sikit la, baru nampak macam rajin kan :P

"It is powered by a 2.5-litre DI-D commonrail diesel engine, which is essentially the same as the unit powering the standard Pajero Sport and Triton, but with VGT. With those variable vanes, the DOHC 16v engine puts out 178 PS of power and 350 Nm of torque from 1,800 to 3,500 rpm."

"The Pajero Sport VGT comes with a 5-speed INVECS-II automatic, which has one extra forward ratio over the GL and GS. Like the four speeder, the VGT’s gearbox also comes with sport mode, but there’s the addition of steering paddles shifters. The long magnesium paddles are the standard Mitsubishi items as found in other models, which works well."

"Power is transferred to the surface via Mitsubishi’s Super Select 4WD system, which has four modes: 2WD High Range, 4WD High Range, 4WD High Range with Locked Centre Differential and 4WD Low Range with Locked Centre Differential. Changing between 2WD and 4WD high range modes can be done on the fly at speeds of up to 100 km/h."

"Equipment wise, the Pajero Sport VGT comes with a 2-DIN Kenwood touch screen head unit with GPS. The colour screen of the ICE also doubles up as display for the reverse camera, which is standard. Besides that, the VGT comes with cruise control with buttons on the steering and automatic air con, which are already on the Pajero Sport GS."

"The Pajero Sport VGT is priced at RM167,375.80 on the road without insurance, which is about RM5,000 costlier than the GS 4WD variant."

Haaaa... amik ko!!! Tengok kat price tu memang nangis mak.  Mak tak mampu nak beli Pajero Sport VGT ni. 

Sebut2 VGT ni korang tau ke VGT tu pemenda.  Aku memang tak tau (apa yang ko tau June? Tau mengekor je la ek :P). Ok... ok... stop membebel. Cemuih dengaq.  VGT ialah "Variable Geometric Turbo".  Pemenda lak Variable Geometric Turbo tu?  Hihi.. yang ni aku tatau nak jawab.  Korang google la sendiri ek (peace no war!!)

Ok.  Habis summary pasal Pajero Sport VGT ni.  Moh kita citer pasal event to pulak Yeop.... :P

Kami diminta berkumpul di Mitsubishi service centre (betul ke ek. Lupa la nama dia), Glenmerie.  Sepatutnya kul 7.00 am kena ada kat sana.  Kitorang ni kul 6.45 am baru nak gerak dari rumah.  Terhegeh2 betul kan.  Ada yang kena tinggal kang ni.  To be honest aku ni memang jenis punctual.  Bukan puji diri sendiri tau tapi aku memang tak suka orang tunggu aku.  Rasa guilty sangat kalau buat orang menunggu aku.  Kitorang sampai sana nak dekat2 7.15 am kot (lupa lak tengok jam) tapi yang pastinya dah ada orang yang dah sampai lebih awal.  But at least we were not the last car yang sampai.  Hihi...In total rasanya 36 tritons yang join (if I'm not mistaken).


| Sticker ni setiap peserta dapat untuk ditampal kat body pintu depan |


| Gambar perasan sendiri wajib ada, hokey :P |
While hubby borak2 ngan the Tuners, aku seperti biasa lah sesi possing2 ni memang dah aktiviti wajib dah.  Tapi camera tak bawak masa ni so pakai camera from iPhone je la.  Sib baik gambar clear walaupun effectnya tak secantik DSLR :P
| My kids yang memang support habis la setiap aktiviti ayah dorang (kononnya la ye) |
Anak2 pun masa ni lah nak ambil kesempatan manjat2 triton ayah dorang ni.  Kalau kat rumah, maun kena hambat budak2 ni.  Ahaks.

| TTC130 | The number that makes us proud :) |

| Hubby jadi marshall hari ni.  Seksited ko ek :P |
Mr. Hubby was the marshall for that day.  And ni first time aku follow convoi.  Memang laju dorang drive.  Average speed dalam 160km/h.  Laju ke tu?  Bagi korang tak laju la kot.  Sap sap soi je that speed kan.  Tapi bagi aku memang laju sebab aku ni kalau time hubby drive, aku tengok meter tu dah cecah 130 km/h pun aku dah tepuk2 peha hubby.  Takut wooo... Tapi dalam takut2 tu kalau kancil turbo aku tu boleh lah aku bedal max speed 140km/h time drive sorang2.  Hihi.. sorang2 tak pe. Kalau apa2 jadi pun sorang2 :p

Memandangkan we join the convoi, and hubby pulak one of marshall yang sentiasa kena pastikan jalan clear, tak de keta lain mencelah2 di antara konvoi tu (haip!!! sapa yang cuba nak celah2 tu diharap ke tepi ya), so terpaksalah aku relakan hati hubby drive selaju tu.  Kecoh je kan aku ni.  Orang lain leh tekan 220km/h rileks je bini dorang.  Itu orang lain.  Ini aku :P

| on the move |
Alhamdulillah convoi went smoothly.  Tahniah kepada semua marshalls kerana menjalankan kerja anda dengan baik sekali.  We reached SIC dalam pukul 9.40 am rasanya (asyik lupa je) and we were behind time.  Sepatutnya aktiviti start pukul 9.30 am.

| Abang2 Marshall yang lead the convoi.  Maceh bang!! |


| the Monsters yang join |

| Pajero Sport VGT yang bakal kena lenjan hari ni |
| Introduction session & session kenal mengenal dengan instructors |
Lepas masing2 had their breakfast served by the Organizer, acara pun bermula.  Sib baik aku & family dah makan McD breakfast pagi tu.  Sempat lagi tapau.  Acara dimulakan dengan sesi introduction tentang aktiviti hari tu dan sesi kenal2 dengan instructors.  Without delaying anymore, groups terus dibahagikan mengikut warna kad yang masing2 pakai, terbahagi kepada warna merah, hijau and kelabu kot.  Group merah and hijau consists of TTCM members start with onroad driving dulu. Group kelabu ialah Pajero Sport owner kot start with offroad driving. Gambar masa drive tu aku tak snap, sebab aku sibuk record movie.  Movie dah upload kat youtube.  Nanti aku letak link kat sini bila dah jumpa ek.

Actually group untuk TTCM ni dibahagikan kepada 2 session, sesi pagi and petang.  Hubby aku dapat sesi pagi.  Sib baik.  Kalau sesi petang memang lebam lah aku nak tunggu kat sini. Huwaaa

| Briefing before start the on road session |
| Onroad Track |
Onroad session ended at 11 am.  Lepas tu dorang sambung ke offroad driving lak.  Masa ni tak de gambar sebab aku tak follow.  5 biji Pajero nak bawak 18 orang ke offroad location.  Malas pulak aku nak menyibuk sekali since I was not the participant pun kan.  Lagipun dengan anak2 aku yang 2 orang tu, tak sedap pulak rasa nak menyibuk sekali.  So I've decided untuk lepak kat khemah je.  Ada kipas, ada air.  Lagi best kan.  Dorang habis offroad session dalam kul 12 pm camtu.  Settle semua, sesi penyampaian sijil pulak.  Masa yang ditunggu2.  Haha.. Propa je lebih aku ni kan.

| Sesi penyampaian sijil.  Sengeh je memasing ek |
Settle sume sesi penyampaian sijil, kita sambung dengan group picture session pulak ek. Ni pun acara wajib ni.  Kalau tak de session ni consider tak lengkap la event of that day.  Hehe... Lepas click sana click sini, posing sana posing sini, makan timeeee... waaaa... memang dah lapar dah masing2 ni.  Sorry gambar masa makan tak de ek.  Dah nama pun tengah makan kan, mana sempat nak pegang camera :P

We left SIC dalam kul 2 pm camtu lepas hubby tunggu participants untuk sesi petang register.  Tak larat dah nak tunggu lama kat sana.  Actually malam tu dorang ajak join gi makan ikan bakar Umbai tapi kitorang tak join.  Hubby nak gi mancing ke tengah laut malam tu so nak kena balik cepat.  Aku pun nak berehat simpan tenaga sebab esoknya nak gi tengok Konsert Awie & Ella kat Istana Budaya lak.  Maklumlah nak menyanyi melalak sekali masa tengok show tu. Hihi.. Bajet artis la konon.  Ahaks.

| Group picture |
Secara keseluruhan, event hari tu ok la (kata hubby la). Dah dia yang drive pajero tu kan bukannya aku. So aku tak leh bagi view on the driving experience itself.  Aku just leh share experience sebagai pemerhati je lah. Sob... sob... sob...  Hopefully posting ni covers everything that u wanna know la ya.  Aku pun just nak share apa yang aku rasa & lihat je.

| Me and him |


Monday, January 2, 2012

New Year :: New Blog

Hemmmm... dengan berat hati terpaksa buka blog baru selepas blog yang lama deleted.  Nyesal actually delete blog lama sebab that blog was specially dedicated to myself sempena bergelar suri rumah sepenuh mana at that time (walaupun just for 3 weeks je).  Hehe.. tak sempat nak pegang gelaran fulltime housewife pun, dah dapat offer keje kat tempat baru.  Alhamdulillah rezeki kurniaan dari Allah SWT. 

For the first entry ni I'm not gonna type a long posting.  So cukuplah sekadar introduction untuk blog baru ni. And I would like to wish HAPPY NEW YEAR (to myself... hihi).  Semoga tahun 2012 menjadi tahun yang lebih bermakna to myself.  Amin