Thursday, October 25, 2012

TTCM Gegar Pantai Sepat

Waaaahhhhh.... tajuk entry tak agak2 tu.  Macam gempak!! Hikhik :P

Minggu lepas aku follow my husband join ahli TTCM dari Pantai Timur memenuhi invitation dari Offroad News. It was held from 25th Feb until 26th Feb 2012, bertempat di Pantai Sepat, Kuantan.  Seperti biasa kalau event macam ni memang budak2 TTCM akan berkonvoi.  Baru best kan. 

Kami sepatutnya berkumpul di stesen minyak Petronas, Gombak by 9 am la camtu sebab dalam schedule kitorang akan gerak dari bergerak dari meeting point pada pukul 9.30 am.  Tapi rasanya TTC130 was the last car yang sampai la but still within time la sebab kitorang sampai dalam kul 9.15 am camtu.  Sebenarnya aku malas nak follow event kali ni.  Masa my husband bagitau pasal event ni aku awal2 dah bagitau kat dia that I do not wanna join sebab aku kena attend wedding my ex-colleague on 26th Feb tu, aku soh husband gi sorang je join budak2 TTCM.  Ok deal done.  Alih2 Jumaat malam tu dia tanya lagi nak pergi ke tak.  Dalam kepala dok berkira2 ni..."pergi... tak pergi... pergi .... tak pergi...).  Ok la ok la... Jom la pergi.  So sebab dah last minute nye decision, maka tapi Sabtu tu la baru aku terhegeh2 nak kemas baju, kemas barang.  Tu yang agak terlambat sikit tu sampai kat meeting point.
 
About 5 - 6 Tritons berkumpul kat sini. 

Ntah apa la yang dorang borakkan agaknya.  Abang Din siap menongkat dagu tu.  Hehe...

"The is light at the end of tunnel".  Heading to R&R Genting Sempah.  Separuh lagi Tritons tunggu kat sana
Kami bergerak dari Petronas Gombak dalam 9.35 am camtu, heading to R&R Genting Sempah.  Separuh lagi member TTCM tunggu kat sana.  Actually kitorang ni patut tunggu kat sana je sebab kalau dari rumah we all, ke sana lagi senang.  Tapi being me, aku memang akan tunggu kat mana tempat yang ditetapkan oleh organiser. Aku tak suka kalau kena tinggal.  

Fakry Yahya memang suka masuk camera.  Hikhik...
Kami berhenti pula di R&R Genting Sempah dalam 1/2 jam camtu.  Klik2 ambil gambar mana yang patut.  Kata picture tell the story kan.  Tak cukup gambar susah lah nak story mory morning glory nanti :P.

Oleh sebab aku jadi story teller, so gambar aku is a must la :P.  Eh eh... nape senyum senget lak tu
 Kasik qourum cukup dulu la kan baru boleh gerak.  Baru best ramai2, kita conquer jalan.  Hahaha... "Ketepi... ketepi... bagi laluan.  MONSTERS nak lalu." 10.15 am bila dah cukup qourum, konvoi pun mula bergerak meninggalkan R&R Genting Sempah.  TTCM dari KL ada dalam 12 buah.  Wahhhh... memang meriah bila ramai2 macam ni.  Kita ramai2 kasi gegar Pantai Sepat ini hari.

Tritons in a line


Cherry Club pun berkonvoi jugak pada hari yang sama
Bila berkonvoi, radio amatlah penting bagi tujuan komunikasi.  Kalau ada ahli konvoi yang tertinggal, bole roger2 je
Sepanjang perjalanan, kami berhenti di 2 perhentian (tapi aku tak sure perhentian mana la).  Maklumlah, ada 5 kereta yang bawak family termasukla kitorang.  Jadi kenalah berhenti kot2 ada anak2 yang nak ke toilet kan.  Meh layan gambar2 sepanjang 2 kali berhenti ni.

To be continued....


Canopy Walkway @ FRIM, Kepong

Boring duduk di rumah di hujung minggu?  Jom penuhi hujung minggu anda dengan aktiviti sihat di Forest Reseach Institute Malaysia (FRIM) terletak di Kepong.  Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan teruskan dengan Canopy Walkway jika anda mahu (dan tidak gayat kepada ketinggian) ataupun anda boleh turun semula ke starting point.  

Perjalanan dari starting point, melalui Canopy Walkway dan turun ke picnic area memakan masa lebih kurang 1 jam.  Perjalanan sebenar mengambil masa dalam 45 minit sahaja.  Tapi ditambah dengan waktu menunggu giliran untuk melalui Canopy Walkway dan berhenti mengambil gambar (wajib ni), jadilah 1 jam atau lebih.

Untuk melalui Canopy Walkway ini, anda perlu membeli tiket di Gift Shop dengan harga RM5 per pax untuk adult dan RM3 per pax untuk kanak2.  Kalau tak beli tiket ni, sila turun semula ke starting  point ya.  Tiada siapa yang akan memberi kebenaran kepada anda untuk melalui Canopy Walkway tanpa tiket ditangan :P

Dan adalah diingatkan, nak turun balik pun amatlah meletihkan. So dah alang2 sampai atas, baik turun melalui Canopy Walkway ni baru puas hati kan.