Saturday, February 11, 2012

Sinderella Story

Hari ni oleh kerana kebosanan yang melampau, kebetulan pulak aku terjumpa characters ni masa tengah kemas2 bilik my doter, apa lagi, jom klik2 la.  Klik sana klik sini, dalam kepala ni dah fikir dah apa aku nak buat dengan gambar2 ni.  Ihiks.  So ini lah hasilnya... Hasil pembuangan masa dengan leica macro lense GF2 aku ni.  

Aku ingat lagi dulu masa sekolah, dalam subject Bahasa Malaysia (dulu panggil Bahasa Malaysia, sekarang jadi Bahasa Melayu), mesti ada latihan membina karangan berdasarkan gambar.  Aku paling tak suka betul bila sampai part tu.  Ntah apa2 cerita yang aku karang.  Asal boleh je.  Kadang2 ayat yang keluar tak de kaitan langsung dengan gambar.  Ye la... gambar orang tengah main bola la, berkhemah la, berpiknik la (biasalah tu... mesti suruh cerita pasal "apa yang saya buat semasa cuti sekolah".  Ada ek soalan ni? Hihi...) Gambar tak mencabar betul.  So sekarang, meh aku karang cerita aku sendiri berdasarkan gambar2 di bawah.  My very own "Sinderella Story"..... 

Nota penting:  Cerita di bawah adalah rekaan saya semata-mata.  Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.  Juga tiada kena mengena dengan cerita "Cinderella" yang asal.  Harap maklum. 

Layanzzzzz


| Pada zaman dahulu, dipinggir sebuah kampung, tinggal seorang gadis bernama Sinderella.  Dia merupakan seorang gadis yang saaaaaangat cantik, ayu, lemah lembut, rajin mengemas rumah, pandai memasak, bla bla bla...pendek kata full package la untuk dapat gelaran "Wanita Melayu Terakhir".  Kecantikan dan full package Wanita Melayu Terakhir itu amatlah dicemburui oleh gadis-gadis lain di kampung itu |

| Setelah kematian ibunya, bapa Sinderella (sori tak de pulak gambar bapa Sinderella dalam ni.  Tak sempat nak interframe sebab bapa Sinderella ni businessman.  Selalu outstation) telah berkahwin dengan seorang wanita yang tak lah berapa nak cantik.  Garang dan kejam yang amat pulak tu.  Amat sesuai lah dengan kedudukannya sebagai stepmother kepada Sinderella |

| Sinderella juga mempunyai dua orang kakak tiri yang diberi gelaran oleh Sinderella sebagai "Si Gunjai" dan "Si Katek".  Hik hik.... Nakal sungguh Sinderella ni kan.  Walaupun memegang gelaran Wanita Melayu Terakhir tetapi dalam diam-diam sempat juga memberi gelaran yang memang la sesuai banget dengan stepsisters nya tu.  Dalam gambar ni ialah "Si Katek", kakak tiri pertama Sinderella.  Si Katek ni muka boleh blah la juga cuma rendah je |

| Ini pula adalah "Si Gunjai", kakak tiri kedua Sinderella.  Yang ni harapkan tinggi je.  Tapi paras rupa kurang lah sikit |

| Di dalam kampung tersebut, tinggal seorang jejaka bernama Aron Ajis yang bekerja sebagai bodyguard anak Ketua Kampung.  Aron Ajis sangat hensem dan dia merupakan lelaki kedua terhensem la kat kampung tu.  Pendek kata kalau ada produser drama atau filem nak ambil dia berlakon jadi hero memang sesuai sangat la tu dengan kehenseman Aron Ajis tu :D |

| Tapi sayang seribu kali sayang, anak Ketua Kampung lah yang merupakan jejaka paaaaling hensem, gagah perkasa, berhati mulia dan apa-apa je la sifat yang baik ada kat dia.  Anak Ketua Kampung ni bernama Samian a.k.a. Sam |

| (Ni menatang ke benda ni ek? Pandang sekali cam singa.  Pandang lagi sekali cam monkey)  Ini adalah merupakan binatang peliharaan Sinderella (kalau betul ni singa habislah ko jadi korban Sinderella oooiiii!!!!).  Sebab aku tak tau apa menatang ni, aku bagi nama binatang ni "Sinkey" (tak glamour betul nama yang aku pilih kan.  Dah macam sinki dapur la pulak) |

| Selain daripada Sinkey, Sinderella juga memelihara seekor anak gajah yang diberi nama "Comel".   Alalalala... comey nye dia... :D.  Sinkey dan Comel adalah kawan baik kepada Sinderella kerana Sinderella ni mana boleh keluar rumah.  Tak leh berjumpa dengan orang.  So macam mana dia nak ada kawan.  Untuk melepaskan kebosanan dan meluahkan perasaan yang terdera pasal asyik kena dera dengan mak tiri dia tu, Sinkey dan Comel la yang selalu jadi "shoulder to cry on" untuk Sinderella... Owh... How sweet... |

|Si Katek ni memang suka sangat ikat reben kat atas kepala dia.  Sehari tak pakai reben, tak cantik katanya.  Bajet ayu je tu :P |

| Sinderella pulak tetiap hari mesti pakai rantai peninggalan arwah ibunya.  Sayang betul dia dengan rantai tersebut.  Jangan ada siapa yang berani nak ambil, flying kick dapat nanti.  Pernah sekali kakak-kakak tirinya cuba mencuri rantai tersebut masa Sinderella sedang tidur.  Bila Sinderella menyedari akan kehilangan rantai tersebut dan dapat tahu pula yang kakak-kakak tirinya yang curi, haaaa... nyaris-nyaris hilang dua batang gigi depan mereka akibat tendangan terbang Sinderella.  Dasyat tu... Jangan memain.  Taekwon-Do black belt 5th Dan tu weh.... :P |

| Yang Si Gunjai ni pulak perangai dia agak menggedik-gedik sikit la.  Pantang nampak anak bujang lalu depan rumah, tetiba je karekter dia akan berubah dalam masa 1 milisaat.  Hik hik hik... Pantas kooo jangan memain |

| Yang si Sam ni pulak tak boleh tinggal dengan tali pinggang kepala besi dia ni.  Konon-kononnya nak tunjuk kat orang kampung la dia ada tali pinggang LV.  Orang lain mana ada... Ye la... dia kan anak Ketua Kampung... apa nak dapat :P.  Tapi sayangnya bukan LV original pun.  Ni LV imitate dia kirim kat ayah Sinderella masa ayah Sinderella outstation ke Hong Kong 3 tahun lepas |

| Selain daripada itu, Sam ni juga suka memanah.  Pantang nampak pokok pisang, habis semua dia nak panah.  Mengalahkan ikan todak pulak.  Pokok pisang tak sempat berbuah dah dipanahnya.  Makcik-makcik yang join satu kampung satu industri (buat kerepek pisang) kerap mengeluh sebab buah pisang tak cukup bekalan gara-gara perangai si Sam ni yang suka sangat menjahanamkan pokok pisang kat kampung tu (Eh. Tadi aku kata Sam ni baik.  Apsal tetiba tukar pulak ni).  Hik hik... Sam ni memang baik tapi satu ni je la kerenah dia yang buat pak cik Ketua Kampung (ayah dia la tu) pun pening jugak.  Sam... sam... |

| Walaupun Sinderella ni selalu kena dera dengan mak tiri dia, tapi stepsisters dia tak la sekejam mak dorang tu. Alaaa.. stepsisters dia layan dia baik pun sebab ada udang di sebalik mee manggi perasa tomyam.  Diorang nak minta tolong Sinderella kenen-kenenkan diorang dengan si Sam la tu sebab Sam ni memang suka gila la dengan Sinderella ni |


| Punya la bertahun mengenen dengan Sinderella nak mintak kenal-kenalkan dengan Sam tapi tak dapat-dapat (sebab Sinderella kata kalau nak, gi lah usaha sendiri.  Dia tak nak jadi posmen.  Kang tak de keje la posmen kat kampung tu sebab Sinderella dah ambil alih jawatan dorang.  Hik hik).  Jalan terakhir ialah mengadu pada mak la kan... Suruh mak masuk campur.  Kasi dera sikit Sinderella ni sebab susah sangat nak tolong |

| Maka diorang pun berpakat la apa nak buat untuk merealisasikan impian diorang untuk mendapatkan Sam sebagai boyfriend (lepas tu boleh jadi suami).  Mak diorang ni mestilah kena cari akal kan.  Sapa tak nak berbesan dengan Ketua Kampung weh... habaq mai sikit |


| Setelah kata sepakat dicapai, maka ibu tiri Sinderella pun slow talk la dengan Sinderella supaya "melepaskan" Sam ni untuk "diberi" kepada salah seorang kakak tirinya.  Huk huk... Sian Sinderella kan.  Dah la anak yatim.  Ada ayah pun selalu outstation.  Ada boyfriend lak siap orang boleh mintak-mintak lepaskan.  Sabar ye Sinderella |

| Setelah termakan pujukan dan rayuan ibu tirinya, Sinderella pun bersetuju untuk berpisah dengan Sam.  Haaa.. tu nampak tu dalam gambar tu, kakak-kakak tiri Sinderella dah senyum lebar sampai nak koyak bibir sebab seronok sangat.  Misi almost accomplish la tu konon |


| Maka pertemuan pun diadakan di antara Sinderella, Si Gunjai, Si Katek dan..... |

| Of course la dengan Sam kan.  Jejaka rebutan a.k.a. Jejaka Perasan ni.  Tengok la tu... Memang terlebih perasan.  Si Aron Ajis ni pula memang dah jadi rutin dia memang akan sentiasa mengikut kemana saja Sam pergi.  Nasib baik Aron Ajis ni tak jadi ganti batang pisang untuk dipanah dek Sam ni |

| Tapi yang peliknya, bila sampai di tempat pertemuan, Aron Ajis ni pulak yang datang hampir kepada Sinderella.  Si Sam ni pulak boleh buat tak paham je macam tak kisah je Aron Ajis nak ngorat girlfriend dia.  Apa ni? Confuse dah Si Katek ni ha... "Ni apa citer ni bro?  Sudah tukar ka?" Tanya Si Katek kepada Aron Ajis. Aron Ajis pun menerangkan kedudukan yang sebenarnya.  Aron Ajis ni rupanya adalah anak kepada seorang jutawan terkenal kat negara tu.  Selama ni dia menyamar je jadi bodyguard Sam sebab nak cuba mengurat Sinderella.  Patutla selama ni Sinderella buat tak heran je dengan si Sam tu.  Dan patut la juga Sinderella ni tak kisah je bila mak tiri dia minta dia lepaskan Sam |

| Si Katek bila dapat tahu good news tu, apa lagi, melompat bintang kegembiraan la dia sebab status Sam ni Single and Available.  Rupa-rupanya selama ni Tipah tertipu la ek |

| Akhirnya Si Katek berkahwin dengan Sam dan Sinderella berkahwin dengan Aron Ajis.  Kedua-dua majlis diadakan serentak dalam suasana gilang gemilang.  Mak tiri Sinderella pun dah berubah menjadi baik sebab dapat menantu tiri anak jutawan.  Tak leh la nak kejam-kejam dengan Sinderella.  Bodyguard keliling tu.  Berani la nak dera-dera Sinderella lagi.  Kang Sinderella tak kena dera, ko lak meringkuk dalam penjara kang.  Tapi kesian pada Si Gunjai.  Sampai ke sudah masih  belum bertemu jejaka idaman kalbu |
 Sekian, terima kasih.



4 comments:

  1. syokkkk baca citer nie...nnt buat citer lain lak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear :)

      I pun happy jugak kalau reader seronok :) Insya Allah nnt I create cerita lain ek. Nak kena shoot gambar dulu :)

      Delete
  2. nak tanya, gambar nu guna lens jenis apa ye? lens original 14-42mm ke? tq :)

    ReplyDelete