Thursday, October 25, 2012

Canopy Walkway @ FRIM, Kepong

Boring duduk di rumah di hujung minggu?  Jom penuhi hujung minggu anda dengan aktiviti sihat di Forest Reseach Institute Malaysia (FRIM) terletak di Kepong.  Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking dan teruskan dengan Canopy Walkway jika anda mahu (dan tidak gayat kepada ketinggian) ataupun anda boleh turun semula ke starting point.  

Perjalanan dari starting point, melalui Canopy Walkway dan turun ke picnic area memakan masa lebih kurang 1 jam.  Perjalanan sebenar mengambil masa dalam 45 minit sahaja.  Tapi ditambah dengan waktu menunggu giliran untuk melalui Canopy Walkway dan berhenti mengambil gambar (wajib ni), jadilah 1 jam atau lebih.

Untuk melalui Canopy Walkway ini, anda perlu membeli tiket di Gift Shop dengan harga RM5 per pax untuk adult dan RM3 per pax untuk kanak2.  Kalau tak beli tiket ni, sila turun semula ke starting  point ya.  Tiada siapa yang akan memberi kebenaran kepada anda untuk melalui Canopy Walkway tanpa tiket ditangan :P

Dan adalah diingatkan, nak turun balik pun amatlah meletihkan. So dah alang2 sampai atas, baik turun melalui Canopy Walkway ni baru puas hati kan.






No comments:

Post a Comment