Monday, February 6, 2012

Novel | 5 Tahun 5 Bulan


Tajuk Novel: 5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tahun Cetakan Pertama: 2007
Genre: Cinta Komedi / Islamic
Sinopsis:

Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni.  Dah macam asam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O.  Kurang gula.  Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along.  Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya along kenal.

Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.

Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?

Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen.  Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu.  Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.

Komen aku:

Masa aku nak baca buku ni aku tak baca langsung sinopsis kat belakang buku.  Aci redah je sebab tak sabar nak start baca bila ramai yang kata buku2 Hlovate ni memang best.  Genre komedi dicampur dengan Islamic.  Terus terang, memang aku suka dengan buku ni.  5 Tahun 5 Bulan yang banyak mengajar Jo aka Ana aka Johanna untuk mengenal erti dewasa, menjadi seorang muslim yang lebih baik.  Jo tahu meletakkan batasan di antara lelaki dan perempuan walaupun berada jauh dari 'Tanah Melayu'.  Tak adalah aci redah je sebab mak pak jauh dari mata kan.  Secara tak langsung memberi teladan kepada anak muda jiwa remaja supaya sentiasa menjaga batas pergaulan dalam kehidupan seharian dan sentiasa menjaga 'hubungan' dengan Dia. Bagi Jo, pertunangan bukanlah tiket untuk menghalalkan apa yang haram di antara lelaki dan perempuan.

Watak Bat (Jebat Iskandar) aka Hang Jebat di tanah Aberdeen, Aie, Iyan, Noni, Fakhrul, Apeh, Nana dan Nina yang diolah secara baik dalam novel ni.  Tak jugak kurangnya tentang Puteri Hang Li Jo dan Sultan Mansur.  Siapa mereka tu?  Nak tau lebih lanjut, jom baca buku ni.  

Aku tertarik dengan cara penulisan Hlovate yang memang nampak educated.  Ayat2 yang sempoi direncah dengan fakta.  Out of 5 stars, aku bagi 4.5 stars untuk buku ni

No comments:

Post a Comment