Saturday, February 4, 2012

Novel | Baju Melayu Hijau Serindit


Tajuk Novel: Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni
Tahun Cetakan Pertama: 2011
Genre: Cinta Happy
Sinopsis:

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

I
Hidup seorang Wardah senang sahaja.  Dia bersyukur kerana tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).  Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan.  Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata.  Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?
  "Mama, janganlah libatkan Ilham.  Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."

 II
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu.  Dulu hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya.  Sekali.  Tak ramai yang tahu tentang itu!
"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."

Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah :(

Komen aku:

First of all, suka suki aku je guna genre "cinta happy" kat citer ni.  Ye la.  Citer cinta ada ada macam2.  Sedih la, happy la. So nak senang, aku bagi la "cinta happy" kat citer ni sebab aku tak perlu nak sedih meroyan masa baca buku ni :)  Penat tau kalau baca buku citer sedih2 ni.  Bertambah stress aku.

Ni buku pertama tulisan Syud yang aku baca.  Itupun atas recommendation member yang tengah giler baca novel jugak :).  Bagi aku citer ni OK eventhough tajuk agak "kelakar".  Cara penulisan Syud memang sempoi dan senang nak absorb masuk kepala.  Tak de citer pasal termenung tepi pantai, bersedih.  Bab2 sedih ada tapi tak lah sampai nak kena masukkan props tepi laut sume tu :P (yeee.. aku agak skeptikal sikit bab2 macam ni).  Ceritanya simple yet menarik.  Cerita macam ni might happen dalam realiti sebab penulis tak "terlebih berangan".  Tak ada watak anak orang kaya kena paksa kena kahwin dengan anak orang miskin, so on and so forth :)  

Cerita ni mengisahkan Wardah yang terpaksa mencari seseorang untuk menyamar menjadi boyfriend dia selepas mak dia nak match kan dia dengan Ilham; staf kepada ayah Wardah yang mana sebelum ni Wardah gila2 minat kat dia.  Tapi selepas mengetahui Ilham dah bertunang, Wardah just pendam je la perasaan dia tu & menganggap Ilham just sebagai motivasi dia (alaaaa.. motivasi macam kita minat kat orang supaya kita rajin gi sekolah.  Gitu lah lebih kurang).  Tapi keadaan berubah bila Wardah dapat tahu Ilham dah putus tunang, Wardah tak pulak melompat bintang kesukaan dengan berita tu.  Kenapa ek Wardah tak lompat bintang ke lompat katak ke?


Sebab, Wardah dah mula suka kat Pacai aka Mohamad Firas Adam yang dia terjumpa secara tak sengaja masa cari buku Nyanyian Tanjung Sepi.  Siapa Shrek? Siapa Dorothy? Berjayakah cubaan Wardah untuk lari daripada plan mak dia nak match kan dia dengan Ilham?  Apa seterusnya terjadi antara Wardah dah Firas?  Korang kena la baca sendiri :)

Out of 5 stars, aku bagi 3.5 stars untuk buku ni.

No comments:

Post a Comment