Sunday, January 29, 2012

Novel | Bilik 616


Tajuk Novel: Bilik 616
Penulis: Zaifuzaman Ahmad
Penerbit: Grup Buku Karangkraf
Tahun Penerbitan Pertama: 2011
Genre: Thriller
Sinopsis: Satu kejadian aneh berlaku di sebuat resort di Negeri Hang Tuah, Melaka.  Dengan tidak semena-mena, beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri.  Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar.  Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu.  Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu.  Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene.  Kejadian misteri itu berulang kali menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut.  Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan.  Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan cadangan Azhar untuk membongkar misteri itu.

"Kehilangan mereka terlalu misteri.  Tak ada siapa nampak dan tak ada siapa yang tahu macam mana mereka boleh hilang.  Peliknya, mereka ghaib macam tu aje." ~ Irene

"Mangsa-mangsa yang hilang kali ini tidak dikembalikan.  Kalau begitu ke mana mereka pergi?" ~ Roslan

"Apa yang Irene fikirkan sebenarnya ni? Papa tak faham.  Tiba-tiba papa rasa macam papa dah tak kenal anak papa sendiri." ~ Robert Tan

"Dari pemeriksaan pihak forensik memang terdapat rekahan pada tengkorak Carina Wong.  Perempuan itu diketuk dengan satu benda tumpul dengan ketukan yang cukup kuat." ~ Azhar

Komen Aku:

Ni buku pertama dari penulis Zaifuzaman Ahmad yang aku baca, gara2 mula "jatuh cinta" dengan buku2 Ramlee Awang Murshid (RAM).  In overall cerita ni OK.  Memang suspense tapi agak lambat la nak rasa suspense tu.  Rasanya aku dah baca lebih dari suku buku ni baru sampai bab suspense tu.  Awal2 cerita agak boring dan aku agak pening & confuse sikit especially nak fahamkan watak2 dalam cerita ni.  Banyak sangat watak which need me to flip2 balik ke belakang untuk cari balik watak2 tersebut.

Watak2 utama dalam novel ni:

Azhar ~ Wartawan yang menulis artikel cerita misteri untuk dimuatkan di dalam Majalah Ilusi.  Dia pernah menulis tentang 2 orang gadis yang hilang dari rumah sewa mereka secara misteri.

Irene ~  Pemilik Resort Seri Melayu, dan merupakan anak kepada pasangan Robert Tan & Jenny.  Dia seorang anak tunggal yang sentiasa patuh kepada setiap kata dan arahan daripada ayahnya, Robert Tan.  Dia juga telah dididik dari kecil supaya tidak mempercayai kewujudan hantu.

Roslan, Ringgo dan Fuad ~ Ahli kelab momok.com yang mempunyai minat mencari entiti.  

Hairi ~ Penulis skrip merupakan orang pertama hilang di Resort Seri Melayu.

Saodah ~ Wartawan dari Majalah Libur yang menginap di Resort Seri Melayu untuk menulis promosi berkenaan resort tersebut.  Tetapi malangnya, dia merupakan orang kedua yang hilang di resort itu secara misteri.

Umairah ~ Pekerja housekeeping di resort tersebut yang hampir2 dicekik hantu di bilik 616.  Terus demam selepas itu dan berhenti kerja sebab trauma.

Azlan ~ menginap di resort tersebut untuk berbulan madu dengan isterinya, Hafizah.  Tetapi malangnya, dia jugak turut hilang secara misteri di bilik 616, meninggalkan isterinya keseorangan.

Razali ~ datang untuk menghadiri kursus dengan syarikat MLM merupakan orang ke-4 yang hilang, juga secara misteri.

Ok, list watak2 di atas ni bagi memudahkan pemahaman untuk membaca novel ni.  Yang tersenarai hanyalah watak2 utama sahaja.  Ada lagi beberapa orang watak sampingan tapi tak larat la aku nak list down semuanya.  Baca lah sendiri kat dalam novel tu.

Aku tertarik dengan part team momok.com pergi mencari entiti kat sekolah lama, yang mana mereka berjaya merakamkan entiti lelaki melayu berpakaian baju melayu dan kain pelekat, tidak berkepala.  Paling suspense masa entiti tersebut datang dekat pada mereka sambil bercakap "nak... tolong cari kepala pakcik nak"... haaaa... masa ni memang meremang bulu tengkuk aku.  Dah lah entiti tu siap muncul kat depan van dorang, masa nak blah tu enjin van lak tak leh start.  Huhu... memang suspense.

Lagi satu part suspense bila orang2 yang hilang tu akan "tertonton" drama cina yang memaparkan seorang gadis cina dipukul dengan teruk oleh seorang lelaki cina pendek botak sehingga mati.  Lepas tu tetiba je gadis cina tu akan menjelma kat bilik 616 tu dengan muka berdarah2 sambil menangis mendayu2 dan nak mencekik orang yang menonton citer tu.  Fuhh!!! Ini pun suspense sangat.

Part yang lain2 tu aku agak boring sikit dan seperti boleh agak je sapa lelaki cina pendek botak dalam drama cina kat dalam tv tu.  Out of 5 stars, aku bagi 3 stars la untuk novel ni.  

Moral value dalam cerita ni: Bangkai gajah tak dapat disembunyikan.  Begitu juga dengan perbuatan jahat yang kita lakukan, lambat laun akan terbongkar juga.


No comments:

Post a Comment