Tuesday, January 24, 2012

TTC :: Offroading @ Kerling

Cuti sempena Chinese New Year ni aku ikut hubby offroad to Sg. Kerling, Kuala Kubu Baru.  That was 2-days event; from 22 Jan 2012 - 23 Jan 2012. Event ni organized by TTCM (Triton Tuners Club Malaysia). So yang join adalah ahli2 berdaftar TTCM.

Seawal pukul 7.45 pagi kami sekeluarga dah bergerak dari Ampang, sebab dalam schedule pukul 9.00 am dah kena berkumpul kat R&R Rawang dan akan bertolak dari sana pada pukul 9.15 am.  Kitorang sampai dalam 8.25 am (awal gila dowh :P).  Susah betul nak carik parking memandangkan time ni cuti panjang, so semua wargakota pakat ramai2 keluar dari KL; balik kampung ataupun gi holiday.  So kitorang terpaksa park kat jalan keluar dari R&R Rawang tu (near to Petronas).  Aku dah berangin satu badan ni sebab perut dah berbunyik2 lapo.

Puas mata usha keliling, sorang pun member TTCM tak nampak batang hidung.  Lagipun pagi ni hujan.  So maybe ada yang tak bangun lagi kot (aku agak je lah nak sejukkan hati ni).  So kitorang pun makan lah dulu sementara menunggu tu.  Penantian memang satu penyiksaan.  Dah pukul 9 lebih pun masih tak nampak sapa2.  Sib baik masa aku on the way nak g kat kereta, nampak lagi satu keta TTCM tengah park kat tepi2 jalan tu je.  Mat P (betul ke ni spelling?) datang jauh dari Terengganu.

Lepas tunggu sampai kul 10.00 am, 10 kereta yang menyertai konvoi to Sg. Kerling ni sampai dah semuanya.  7 dari TTCM, 1 dari Hilux Tuners Club, 1 Mitsubishi Pajero dan 1 Jeep.  Hilux & Pajero tu sebagai Marshall bagi ekspedisi ni sebab dorang dah biasa dah offroad.  Setakat Sg. Kerling ni sap sap soi je bagi dorang :)
 
Perjalanan bermula pada pukul 10.30 menuju ke Kuala Kubu Baru.  Kepada yang berminat nak ke sini, cari je Kg. Air Panas Sg. Kerling.  Dalam GPS pun ada marked tempat ni tapi sampai kolam air panas je lah. Kalau jumpa pintu gerbang ni, sure sampai punya.  Untuk aku & hubby yang memang first time sampai ni, landmark macam ni memang penting kalau ada hati nak datang sendiri lain kali :P

Perjalanan memang boleh dikatakan mencabar especially untuk amatur macam hubby aku.  Nak-nak pulak baru lepas hujan.  Dengan jalan licin, berbatu, berlopak.  Semua cukup la.  Kitorang sebenarnya tak sangka pulak kena offroad macam ni sekali.  Ingatkan jalan ala2 kebun ayah aku kat kampung tu.  Hehe... Rupanya medium gak la tahap kesusahan & kepayahannya tu.Sian ngan Triton hubby aku.  Baru 4 bulan pakai tu. Huk huk. Redha je lah.  Perjalanan mengambil masa dalam dalam 2 jam lebih jugak lah (untuk offroad tak masuk dari R&R Rawang).

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan

"Apa yang penting... Kerjasama..."

Ni still kat bawah lagi.  Laluan masih mudah
Hik hik.  Tak pasal2 ada butterfly kat belakang Jeep tu.  Sila abaikan.  Sekadar hiasan untuk tutup plat number
Cantikkan.  Bunga senduduk kot ni.  Tapi tak leh petik sebab kitorang dah dipesan supaya jangan petik bunga2 kat dalam hutan ni.  Ada tuannya






Co-Pilot (sila percaya :P)

The Tuners

Take turn hokey. Sorang tak lepas sume tak lepas nanti

@ 1st Campsite.  Kalau malas nak naik atas, sini pun boleh la.  Tapi boleh isi 4-5 khemah je la

Move on to the next campsite

Argh!!! Right sidestep sangkut

Meredah lecak (agak dalam jugak la)

Sungai terakhir sebelum sampai 4th Campsite
Finally we safely reached Campsite 4 dalam pukul 2 lebih gitu. Masa untuk unloaded apa yang patut dan pasang khemah (penting tu).

Our MONSTER (standard version aka virgin tapi lepas beb :P)

Masa untuk pasang khemah.  Agak2nya apa lah Pak Teh & Abang Asri tengah tengok tu ek?
 
Part yang paling best bila camping ni... pasang khemah (aku memang suka sangat, walaupun aku memang tak sumbangkan sebarang tenaga pun bab2 pasang khemah kat sini.  Serahkan pada kaum bapa je.  Sebab tu dulu masa sekolah rendah aku masuk Scout.  Sanggup tu merayu meroyan kat cikgu pengakap tu nak masuk jugak2 Scout.  Main masak-masak pun aku suka gak.  Paling suka kalau buat roti lilit & telur rebus dalam tanah.  Tapi kat sini tak de la menda alah tu.  Tu zaman scout dulu.  Diulangi.... zaman scout dulu :P

Ni la cook kitorang untuk ekspedisi ni :)
"Tukang masak kerjanya enteng... Bangun pagi masak nasik goreng"... Hihi... Kerja masak-memasak ni kitorang serahkan pada Abang Asri.  Memang terangkat!!! Macam makan kat rumah lak pulak. Ahaks :) Aku tolong basuh2 sayoq, potong bawang boleh la.  

Menu lunch 1st day: Nasi putih, sayur kobis goreng, telur dadar, sup tulang+daging, sambal kicap Adad (hikhik), air laici
Menu dinner cum supper 1st day: Roti telur, kacang panggang, daging burger, air teh

Menu breakfast 2nd day: Nasi goreng kampung, cekodok ikan bilis Remy Black, air teh Remy Black (hah!! full package dari Remy Black)

Menu lunch 2nd day: Nasi putih, ikan goreng (ikan fresh tau... sume pancing kat sini), ayam goreng, sambal sardin, sayur campur, air laici
 
Haaaaa... kan aku dah kata macam kat rumah kan? Tak main la maggi mee (tapi my kids still request maggi in cup jugak malam tu sebelum supper.  Memang tak leh pisah ngan maggi tau dorang ni.  Haih)
Aktiviti 1st day lepas kenyang sapdek lunch.... mandi sungaiii... yehaaaa... yang lelaki kaki pancing gi mancing (termasuklah hubby aku).  Aku just melepak depan sungai sambil baca buku cerita (bajet ayu la konon.. weeeekkkk).  Tapi kojap yo la sebab Kak Yati & Yana ajak join dorang mandi sungai.  Huhu... Aku memang tak suka air sejuk.  Kat rumah pun aku mandi air panas walaupun musim panas.  Tak tahan air sejuk ni.  Tapi tunjuk macho+ayu la redah gak masuk sungai.  Kalau tak, 2 hari pulak aku tak mandi nanti :P

Caption: (1) Ikan Keli Gunung hasil mancing (2) My kids dah jumpa air.. siap la lepas tu (3) My hubby dapat ikan Tengas (4) My son dari tengahari sampai malam, sambung pagi balik sampai petang... main air
Malam tu bajet dapat tido nyenyak la kan. dari pukul 7 lebih aku dah redah masuk khemah, nak baca buku citer sebenarnya.  Dah dalam hutan, apa lagi nak buat.  Dengan sunyi tu tapi tak sepi lah sebab ditemani bunyi-bunyiaan dari cengkerik.  Dalam kul 10 lebih agak2 dah tak larat nak mentelaah buku citer tu dalam gelap hanya ditemani headlight hubby aku (pinjam Yangggg :P) aku pun apa lagi. Tido la.  Tak kisah dah dorang kat luar tu yang melayan gitar.  Tengah2 syok tido, masa tu tak sure kul bape, tik tik tik... huwaaaa... hujan turun.  Bangunnnnn!!!!  Menggulupur aku kejut hubby soh alih khemah.  Mak tak sanggup nak tido dalam hujan noks.  Ahaks.Tapi lepas tu sampai ke pagi aku tak lelap nak tido.  Sebab (1) Port aku atas akar la pulak (2) Dah rasa sesak nafas sebab berkuap dalam khemah tu.  Ye lah... cuaca luar kan sejuk sebab hujan, dalam khemah pulak panas dengan suhu badan 4 orang manusia ni kan.  Last2 aku lari sambung tido dalam keta.  Waaaaa... lega.... baru lah boleh tido dengan aman sampai ke pagi.

Activiti 2nd day: Sama jugak macam semalam.  Lepas breakfast, yang lelaki gi mancing.  Ada gak yang setakat melepak2 kat khemah.  My kids dah start main air balik.  Tak sejuk hape korang ni tau.  Dari tengahari semalam sampai ke malam, sambung ke pagi, main air je. Aku? Lepak dalam keta sambung baca buku citer balik.  Ulat buku la konon :P

Lepas lunch, kitorang start pack balik barang2, bukak khemah.  Bersiap sedia untuk pulang ke sarang (rumah laaaaa).  Seperti biasa, aktiviti wajib: bergambar.  So layannnzzzz la gambar2 kat bawah ni.  Tak larat nak menaip panjang2 dah.

3 "dara pingitan".  Aku dapat kawan baru kat sini; Kak Yati (wife Abang Usop) & Yana (wife Remy Black)
Mr. hubby with the monsters
Abang Usop & Family

Going down.  Masa ni tunggu Elyas pam tayar triton dia.  Kita lepak dulu. Hehe...
Kitorang bergerak meninggalkan Campsite 4 dalam pukul 5pm cam tu and safely reached Kolam Air Panas Kerling dalam pukul 7.30 pm.  Rasanya perjalanan turun lagi mencabar dari naik.  Always put on 4W-L mode sebab banyak turun bukit yang agak tinggi jugak lah.  

Selepas berehat sebentar kat kolam air panas, kami meneruskan perjalanan ke Rawang untuk dinner di Bangi Kopitiam, Rawang (ownernya member TTCM jugak).  Lepas "refuel" perut masing-masing, kami membawa diri pulang ke rumah.  Alhamdulillah aku & family selamat sampai rumah dalam pukul 1++ am jugak lah.  Walaupun agak meletihkan tapi amat menyeronokkan ekspedisi ni, especially untuk first timer macam aku & hubby.  Hopefully mr. Hubby sanggup korbankan Monster dia tu, kalau ada lagi event macam ni :)

2 comments:

  1. Wahhhh....dasat ler skrang. Nanti balik Malaysia aku pun nak beli sebijik lah..boleh join ko. Kirim salam kat Kiki yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Baru berjinak2. Jom balik sini beli. Tp X1 dari sana kena bawak jugak, aku nak tumpang naik :)

      Delete